Maut Tergantung di Kipas Siling

Maut-Tergantung-di-Kipas-Siling.jpg

KOTA KINABALU: Seorang lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan dijumpai tergantung pada kipas siling di dalam biliknya.

Mangsa, 38 tahun yang bekerja sebagai buruh ditemui mati pada sekitar jam 10 malam pada Isnin.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, polis menerima panggilan daripada isteri mangsa, selepas mendapati mangsa dalam keadaan tergantung dan tidak sedarkan diri di dalam biliknya.

“Tiada unsur jenayah dijumpai buat masa ini dan kes itu disiasat sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Difahamkan, lelaki itu memberitahu isteri dan ahli keluarganya sejak beberapa minggu lalu bahawa dia dalam keadaan tertekan dan berniat mahu membunuh diri.

Mayatnya telah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.

Sementara itu kepada mereka yang menghadapi kemurungan boleh menghubungi Befrienders Kota Kinabalu di talian 088-255788 untuk meluah rasa atau berkongsi cerita.

Loading...
scroll to top