Miliki Bakakuk, Lelaki Tempatan Ditahan Polis di Kg Piasau

Jenayah Kota Belud Sabah

KOTA BELUD: Seorang lelaki tempatan yang memiliki senapang patah buatan sendiri (bakakuk) ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Piasau di sini, 25 November lalu.

Supt Mohd Zaidi Abdulllah
Supt Mohd Zaidi Abdulllah Ketua Polis Daerah Kota Belud

Ketua Polis Daerah Kota Belud Superintendan Mohd Zaidi Abdullah berkata, suspek berumur 35 tahun terbabit turut didapati positif syabu semasa menjalani ujian air kencing.

“Selepas anggota menjalankan risikan, kita menjalankan serbuan di rumah suspek dan menjumpai selaras bakakuk yang disimpan di dalam sebuah kanvas.

“Pemeriksaan lanjut turut menjumpai enam butir peluru tabur hidup dan dua kelongsong peluru kosong di poket seluar suspek,” katanya.

Katanya, siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau dalam Akta Senjata Api.
Menurutnya, kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960.

Loading...

Leave a Reply

arrow