MP Dakwa Pan Borneo Highway Sabah 'Dirompak'

Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) tidak berpuas hati apabila kontrak lebuh raya merentasi Borneo, Pan Borneo Highway di Sabah didakwa diuruskan syarikat-syarikat dari Semenanjung.

Dua syarikat yang dimaksudkan itu adalah UEM dan MMC yang mempunyai kaitan dengan ahli perniagaan, Syed Mokhtar Albukhary.

Menurutnya, senario itu menyebabkan surat layang mendakwa ‘Umno merompak’ diedarkan kepada orang ramai.

“Di Sarawak, (kontrak) diberi kepada syarikat dari Sarawak,” katanya.

“Walhal di Sabah, bukan saya reka-reka, ada surat menyatakan Umno rompak lagi.

“UEM, MMC adalah syarikat Umno yang diketuai (Tan Sri) Syed Mokhtar Albukhary ambil alih semua jalan raya di Sabah,” katanya.

Sumber dipetik : MALAYSIAKINI

Loading...
scroll to top