Musa Aman perlu mendapatkan rawatan susulan di Singapura

Musa-aman-mendapat-rawatan-di-The-Clementine-Churchill-Hospital-London.jpg

KEADAAN mantan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman, yang menerima rawatan di Hospital The Clementine Churchill di London. Turut bersamanya isteri Datin Seri Faridah Tussin serta anak lelakinya Yamani Hafez.

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, sudah membuat keputusan kembali ke tanah air walaupun tindakan itu bertentangan dengan nasihat pakar yang merawatnya di Hospital Clementine Chirchill, London.

Setiausaha Politiknya, Mohd Joh Wid, berkata sebelum pulang Musa perlu dirujuk ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk menerima rawatan susulan.

“Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain. Inilah perumpamaan mengenai kepulangan Tan Sri (Musa) ke tanah air selepas menerima rawatan di hospital di London.

“Bagaimanapun dia perlu dirujuk ke hospital di Singapura yang memegang rekod perubatannya sejak 30 tahun lalu untuk rawatan susulan.

BACA JUGA
Musa-aman-akan-pulang-sabah.jpg

Dia Akan Pulang

OLEH: Mohd Joh Hj Wid Tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain. Inilah perumpamaan tentang kepulangan Tan Sri Musa Aman ke…

“Di hospital ini, baru saya tahu bahawa beliau pernah melakukan beberapa prosedur rawatan pembedahan jantung dan perlu terus melakukan rawatan susulan bagi memastikan keadaannya stabil.

“Perkara ini saya nyatakan untuk menjelaskan bahawa beliau bukan melarikan diri tetapi sebenarnya memerlukan rawatan,” katanya menerusi catatan di akaun Facebook.

Mohd Joh berkata, Musa yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga tidak pernah mendedahkan kepada pegawainya bahawa beliau sakit ketika menjadi ketua menteri.

“Beliau tidak mahu memperlihatkan pemimpin sebagai orang yang lemah. Mungkin jika ini didedahkan akan menjejaskan keyakinan rakyat, parti pimpinannya malah mungkin pelabur.

“Justeru, setelah isu pelantikan ketua menteri lalu, beliau berasakan inilah masa sesuai untuknya berehat dan menerima rawatan terbaik untuk kesihatannya.

“Kini tiba masanya beliau akan pulang untuk menunaikan tanggungjawab sebagai ADUN tanpa paksaan mana-mana pihak,” katanya yang banyak belajar daripada Musa mengenai moral kepemimpinan.

Mohd Joh berkata, Musa adalah seorang yang kuat bekerja dan begitu teliti dalam pengurusan kewangan.

“Beliau sanggup korbankan kepentingan kesihatan dirinya sendiri demi Sabah. Melawat beliau di hospital di London dan mengiringinya balik cuma pengorbanan kecil daripada saya. Sama-sama kita mendoakan supaya Tan Sri cepat sembuh seperti biasa,” katanya. – Berita Harian

Loading...
scroll to top