Musa Aman Pulang Sabah Hari Ini ?

Kes-Musa-Aman-Polis-serah-kertas-siasatan-kpd-Jabatan-Peguam-Negara.jpg

SATU mesej yang tular lewat malam tadi berhubung usaha untuk membawa balik bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman ke negara ini, hari ini.

Dalam mesej yang dihantar menerusi aplikasi WhatsApp itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu akan mendarat di Singapura terlebih dahulu sebelum memasuki Malaysia melalui Subang atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Musa Aman yang kini bersembunyi dengan alasan mendapatkan rawatan kesihatan, akan dibawa balik ke Malaysia esok (hari ini).

“Pihak media akan dikemaskini dari semasa ke semasa perkembangan terkini.

“Masa (ketibaan) dan di lapangan terbang mana Musa Aman (akan mendarat) akan dimaklumkan berdasarkan maklumat lanjut,” katanya dalam kenyataan yang menjadi viral itu.

Bagaimanapun, pegawai Media Perhubungan Musa, Awang Faisal ketika dihubungi berkata, “Tiada komen setakat ini.

“Kita akan maklumkan (apa-apa perkembangan) secepat mungkin.”

Selain dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes ugutan jenayah, Musa juga belum mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat. – Harian Metro

Loading...
scroll to top