Musa perlu patuhi SOP Polis – Azis Jamman

Mohd-Azis-Jamman.jpg

Mohd Azis Jamman, Timbalan Menteri Dalam Negeri

KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, perlu melalui prosedur operasi standard (SOP) polis ketika menerima rawatan di Kuala Lumpur.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman, berkata SOP polis itu menghendaki Musa mendapatkan pengesahan mengenai keadaan kesihatannya di hospital kerajaan.

Beliau berkata bagi tujuan siasatan, pengesahan itu perlu daripada pegawai perubatan kerajaan.

Aziz juga berkata polis turut mempunyai SOP berkaitan penyiasatan terhadap Musa termasuk hal berkaitan penahanan reman.

“Tiada sesiapa yang mengatasi undang-undang dan saya yakin polis akan menyelesaikan kertas siasatan dalam masa terdekat,” katanya dipetik sebuah portal berita tempatan.

Datuk Ramli Din

Pesuruhjaya Polis negeri Sabah, Datuk Ramli Din

Sementara itu, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din, pula dipetik berkata polis akan memberi ruang untuk Musa pulih sebelum mengambil kenyataannya berhubung siasatan kes mengugut Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Katanya, polis belum menemui Musa selepas bekas Ketua Menteri itu pulang ke Malaysia kelmarin, berhubung siasatan itu.

“Polis tidak mahu mengganggu beliau dalam keadaan sekarang. Ini bukan layanan khas, polis memberi masa untuk beliau pulih atas dasar kemanusiaan sebelum menemuinya,” katanya dipetik portal berkenaan.

Musa yang  meninggalkan Malaysia secara sah pada 16 Mei lalu berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi tiba di tanah air kelmarin. Pesawat membawa beliau mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang, jam jam 6.45 petang.

Bekas Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah itu pada 26 Jun lalu mengesahkan beliau berada di United Kingdom atas urusan perubatan dan peribadi serta telah meninggalkan Malaysia secara sah pada 16 Mei la

Musa dikehendaki berikutan laporan polis atas dakwaan membuat ugutan jenayah terhadap Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.

Beliau kini menerima rawatan di sebuah pusat perubatan di Subang Jaya, Selangor.

Loading...
scroll to top