Naib Presiden Warisan Bebas dengan jaminan SPRM

KOTA KINABALU: Naib Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas tempoh tahanan remannya berakhir pada Jumaat.

Individu bergelar Datuk yang ditahan bagi membantu siasatan penyelewengan dana awam untuk projek pembangunan luar bandar Sabah, dibebaskan di Hospital Pakar Damai kira-kira jam 9.45 pagi.

Majistret Cindy Mc Juse Balitus membenarkan beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM50,000 dan dua penjamin tempatan.

SPRM diwakili Pegawai Penyiasat SPRM Mohd Faliq Basiruddin manakala peguam Martin Tommy bagi individu berkenaan.

Individu yang berumur 46 tahun itu bersama seorang lagi pengarah sebuah syarikat pembinaan berumur 52 tahun ditahan sepasukan anggota SPRM pada 5 Oktober antara jam 6.40 petang sehingga 9.45 malam di Pejabat SPRM.

No posts found matching your query. Please try again by changing post parameters.

Mereka kemudiannya direman selama lima hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 sebelum tempoh tahanan reman dilanjutkan masing-masing selama tiga dan empat hari pada Selasa.

Semasa dalam tahanan reman, Naib Presiden Warisan dimasukkan ke Hospital Pakar Damai pada malam Selasa akibat kekurangan air dalam badan selain mengalami tekanan darah tinggi.

Pihak perubatan juga mencadangkan kepada pihak SPRM untuk menjalankan dokumentasi pelepasan reman di wad hospital sebelum beliau dibenarkan keluar dan kirakira jam 1.10 petang Jumaat, beliau dibenarkan keluar daripada hospital.

Setakat ini SPRM sudah menahan tujuh individu termasuk ahli perniagaan, Ketua Wira Warisan, Ketua Pemuda Umno Tenom dan Tawau, bekas timbalan setiausaha bahagian Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW). – UTUSAN BORNEO

No posts found matching your query. Please try again by changing post parameters.

Berita Berkaitan:

scroll to top