Notis lelong motosikal di Tawau disahkan palsu

Notis-lelong-motosikal-di-Tawau-disahkan-palsu.jpg

Notis viral lelong 478 motosikal disahkan palsu - Timbalan Ketua Polis Tawau

TAWAU: Notis lelong Viral angka luar biasa bilangan motosikal sebanyak 478 buah berlainan jenama yang kononnya akan berlangsung di IPD Tawau, antara jam 8 pagi sehingga 5 petang hari ini disahkan sebagai palsu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Mustaffa Maarof Mustafa

Timb Ketua Polis Daerah Tawau Supt Mustaffa Maarof Mustafa

Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Supt Mustaffa Maarof Mustafa berkata perkara itu disebarkan oleh individu ataupun orang berkumpulan tidak bertanggungjawab yang suka menyebarkan mesej palsu.

“Orang ramai diminta jangan mudah terpedaya dengan perkara sebegini,” katanya, di sini kelmarin ketika diminta mengulas kesahihan notis itu yang dikesan mula diviralkan semenjak 10 Januari lepas.

Mustaffa berkata orang ramai yang menerima mesej sedemikian juga boleh menghubungi IPD Tawau atau balai polis berdekatan untuk mendapatkan pengesahan lanjut.

Terdahulu, notis itu menjadi buah mulut netizen media sosial khususnya warga Tawau melalui Facebook dan WhatsApp malah turut menarik perhatian orang ramai dari daerah lain termasuk Kota Kinabalu, Sandakan, Lahad Datu dan Semporna.

Mengikut senarai notis lelong palsu berkenaan, jentera-jentera beroda dua terlibat yang kononnya hendak dilelong itu ditawarkan pada harga serendah RM400 sehingga RM800 mengikut jenis motosikal.

Antaranya, Yamaha LC 135 (50 unit dengan harga RM500 per unit), Yamaha 125z (121, RM700), Yamaha RXZ 135 (203, RM800), Modenas Dinamik (48, RM400) dan Kawasaki Ninja 150RR (56, RM600).

Loading...
scroll to top