Padua kecam amaran Ketua Polis Sabah kepada pengamal media

Padua-kecam-amaran-Ketua-Polis-Sabah-kepada-pengamal-media.jpg

Padua (Kanan) berkata dalam kes Musa, keadaan kesihatannya “diselubungi misteri”

Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Loretto Padua mengecam Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din kerana memberi amaran kepada pengamal media supaya tidak membuat laporan tentang Musa supaya tidak menjejaskan lagi kesihatannya.

Memetik laporan The Malaysian Insight Warisan pertikai layanan istimewa polis kepada Musa Aman semalam, Padua sebagai berkata, “Saya hendak tahu apa masalahnya jika media mahu tahu lebih lanjut tentang penyakit Musa? Mereka hanya mahu melaporkan lokasinya sekarang, penyakitnya dan bila polis akan tahan dia. Bagaimana soalan seperti ini boleh membuat penyakitnya makin teruk?”

Padua berkata dalam kes Musa, keadaan kesihatannya “diselubungi misteri”.

“Tidak ada sesiapa pun tahu sama ada Musa benar-benar sakit atau tidak.

“Jamal Yunos, ketua gerakan Baju Merah yang juga dikehendaki untuk soal siasat, sama seperti Musa, turut menjalani prosedur standard dengan ditahan, direman dan dihantar ke hospital.

“Jadi kenapa Musa istimewa di mata ketua polis itu hingga diberikan layanan istimewa atas dasar kemanusiaan?”

Loading...
scroll to top