Pakatan Harapan Sabah buat tawaran adil kepada Warisan

Pakatan Harapan Sabah memberi tawaran yang adil kepada Parti Warisan Sabah berhubung pembahagian kerusi pada Pilihanraya Umum (PRU-14) akan datang.

Walaupun Parti Warisan baru sahaja ditubuhkan dan belum pun pernah memenangi sebarang kerusi namun Pakatan Harapan Sabah bersedia untuk memberikan 60 peratus daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada WARISAN iaitu kira-kirta 34 kerusi.

Bagaimanapun Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan Sabah, Stephen Wong menegaskan bagi kerusi Parlimen, Pakatan Harapan akan bertanding tidak kurang 15 kerusi daripada 25 kerusi di Sabah.

Inilah adalah persetujuan Pakatan Harapan yang mana kami fikir ia adalah sangat adil, “katanya keputusan itu dicapai selepas pertemuan antara PH Sabah dan Muhyiddin pada malam Selasa.

Difahamkan Stephen yang juga pengerusi DAP Sabah ada bertemu dengan presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal pada petang selasa sebelum mesyuarat PH Sabah yang dipengerusikan Tan Sri Muhyiddin Yassin berlangsung.

Namun belum ada kesepakatan tentang hal berkenaan kerana mereka masing-masing mempunyai pandangan yang berbeza.

Loading...

Leave a Reply

arrow