Parti STAR Sabah Lapor Polis difitnah Agen BN

Parti-STAR-Sabah-Lapor-Polis-difitnah-Agen-BN.jpg

Gambar ketika kumpulan MYSABAH Bertemu Perdana Menteri menyerahkan memorandum ini diputarbelit kononnya Dr Jeffrey Kitingan adalah agen BN

KOTA KINABALU: Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah membuat laporan polis berhubung fitnah yang tersebar secara meluas di media sosial termasuk aplikasi Whatsapp menuduh parti itu sebagai agen Barisan Nasional (BN) pada jumaat lalu di balai Polis Karamunsing dekat sini.

Laporan yang dibuat oleh Ketua Wiramuda STAR bertujuan untuk memberi amaran kepada pihak berkenaan supaya menghentikan fitnah yang menuduh Presiden Parti STAR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan kononnya Pro-BN.

Selepas ini jika ada pihak yang menyebarkan lagi khabar angin tersebut, tindakan tegas akan diambil termasuk mengheret mereka ke mahkamah.

Terdahulu Jeffrey menafikan khabar angin yang menuduh dirinya agen kepada Parti kerajaan Barisan Nasional. Beliau berkata tuduhan itu sengaja direka pihak tertentu untuk memusnahkan karier politiknya.

Baca selanjutnya penafian turut dibuat oleh Datuk Seri Anifah Haji Aman terhadap My Sabah dan kerjasama dengan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK) dan Datuk Yong Teck Lee (DYTL).

Kenyataan Datuk Seri Anifah Haji Aman terhadap My Sabah dan kerjasama dengan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (DDJK) dan Datuk Yong Teck Lee (DYTL)

Ketua Pemuda SAPP Jamain Sarudin berkongsi gambar mereka ketika membuat laporan polis apda jumaat di facebook miliknya.

Loading...
scroll to top