Parti Warisan Sabah pertikai layanan istimewa Polis kepada Musa Aman

Parti-Warisan-Sabah-pertikai-layanan-istimewa-Polis-kepada-Musa-Aman.jpg

Pengerusi Tetap Parti Warisan Sabah, Datuk Liew Vui Keong dan Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Loretto Padua

POLIS sepatutnya menahan bekas ketua menteri Sabah Musa Aman sebelum membenarkannya untuk mendapatkan rawatan perubatan, kata Setiausaha Agung Parti Warisan Sabah Loretto Padua.

Padua berkata Ketua Polis Sabah Ramli Din seperti memberikan layanan istimewa kepada Musa dengan memberikannya masa untuk pulih daripada penyakitnya sebelum dipanggil memberi keterangan.

“Ia membingungkan untuk melihat polis memberi layanan istimewa kepada Musa,” katanya.

Musa yang kembali ke Malaysia pada Isnin dikatakan akan mendapatkan rawatan di hospital di Lembah Klang.

“Biasanya, mana-mana suspek atau pelarian yang dikehendaki oleh kerajaan akan ditahan serta-merta sebaik saja lokasinya diketahui, dan kemudian ditahan reman.

“Dan jika ketika tempoh reman, polis percaya ada keperluan untuk suspek mendapatkan rawatan, mereka akan dibenarkan tetapi suspek perlu dikawal oleh polis setiap masa,” katanya.

Semalam, Ramli berkata beliau akan memberikan masa beberapa hari kepada Musa untuk sembuh sebelum mengambil keterangannya berhubung siasatan terhadap laporan polis yang dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin tentang dakwaan ancaman pelantikan ketua menteri pada 10 Mei.

Beliau berkata keputusan itu berdasarkan kepada “dasar kemanusiaan”.

Padua yang juga seorang peguam berkata, Presiden Warisan Shafie Apdal tidak diberikan pertimbangan seperti itu ketika ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuan Malaysia (SPRM) tahun lalu.

Katanya, Shafie yang ketika itu sakit tidak Mendapat layanan yang kononnya “kemanusiaan dan hanya dihantar ke hospital selepas disoal siasat oleh SPRM.

Skandal Penyelewengan Dana Awam Bernilai RM 1.5 Billion sehingga tiada khabar terbaru daripada pihak SPRM

Siasatan Skandal Penyelewengan Dana Awam Bernilai RM 1.5 Billion yang dikaitkan dengan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal sehingga kini Rakyat Sabah masih menunggu khabar terbaru daripada pihak SPRM

“Saya percaya masih ramai rakyat Sabah ingat peristiwa itu.”

Padua berkata dalam kes Musa, keadaan kesihatannya “diselubungi misteri”.

“Tidak ada sesiapa pun tahu sama ada Musa benar-benar sakit atau tidak.

“Jamal Yunos, ketua gerakan Baju Merah yang juga dikehendaki untuk soal siasat, sama seperti Musa, turut menjalani prosedur standard dengan ditahan, direman dan dihantar ke hospital.

“Jadi kenapa Musa istimewa di mata ketua polis itu hingga diberikan layanan istimewa atas dasar kemanusiaan?”

Padua turut mengecam ketua polis terbabit kerana memberi amaran kepada pengamal media supaya tidak membuat laporan tentang Musa supaya tidak menjejaskan lagi kesihatannya.

“Saya hendak tahu apa masalahnya jika media mahu tahu lebih lanjut tentang penyakit Musa? Mereka hanya mahu melaporkan lokasinya sekarang, penyakitnya dan bila polis akan tahan dia. Bagaimana soalan seperti ini boleh membuat penyakitnya makin teruk?”

Padua turut mendesak penjelasan dari Jabatan Imigresen tentang mengapa ia tidak menahan Musa sebaik saja tiba di tanah air kerana beliau individu dikehendaki di mana Interpol turut mengeluarkan amaran merah untuknya.

“Bagaimana Musa dapat balik ke negara ini tanpa ditahan? Lebih teruk lagi, seorang wakil dihantar untuk memberitahu Jabatan Imigresen tentang kemasukannya ke sini.

“Jika begitulah keadaannya, maka mudah untuk pelarian skandal 1Malaysia Development Berhad, Jho Low atau pengganas hendak masuk ke Malaysia.”

Sementara itu dalam satu kenyataan berasingan, Seorang lagi pemimpin warisan yang juga menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong berkata pihak berkuasa harus menyiasat kes bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman secara adil dan tidak memihak kepada sesiapa.

Vui Keong berkata soal di mana keberadaan Musa pada peringkat awal telah mencetuskan spekulasi di kalangan rakyat dan justeru beliau (Musa) harus mengesahkan dakwaannya dengan laporan perubatan dan bukan sekadar memuat naik gambar beliau bersama setiausaha politiknya menerusi facebook.

“Ketika kita dibanjiri dakwaan yang tidak berasas dalam media sosial mengenai apa yang dipanggil ‘keadaan perubatan’, anaknya yang Ahli Parlimen Sipitang (Yamani Hafez) dilihat berdiri disamping Musa yang kelihatan sangat elok dan sihat,” katanya.

Di samping itu, Vui Keong berkata Yamani juga menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab sepenuhnya sebagai Ahli Parlimen, dan menunjukkan sikap tidak hormat kepada Dewan Rakyat kerana tidak hadir acara angkat sumpah anggota parlimen bulan lepas tanpa penjelasan yang sah.

Loading...
scroll to top