Pejabat Parti Cinta Sabah (PCS) Dipecah Masuk

Pejabat-Parti-Cinta-Sabah-PCS.jpg

Pejabat yang dipecah masuk penjenayah

Laptop peribadi milik Presiden Parti Cinta Sabah Antara yang hilang

KOTA KINABALU: Pejabat Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing dipecah masuk individu tidak dikenali pada malam selasa lalu.

Menurut Pegawai media beliau Lesaya Lopog Sorudim, kejadian itu disedarinya ketika membuka pejabat keesokan harinya.

Difahamkan antara barang penting yang hilang adalah laptop peribadi Bumburing, komputer yang digunakan oleh Ketua Setiausaha PCS Petrus Guriting, serta dua pemacu cakera keras milik Parti Cinta Sabah disyaki telah dicuri di sini.

Dalan kejadian itu hanya pejabat Parti Cinta Sabah yang dimasuki penjenayah berkenaan walaupun pejabat bersebelahannya lebih mudah dimasuki kerana berbanding pejabat ini yang dilindungi sistem keselamatan dan kamera litar tertutup.

Pihaknya telah membuat laporan polis dan menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan.

Loading...
scroll to top