Peluang Terbuka Untuk Belia Keningau Bersuara – Nik Nazri

Peluang-Terbaik-Belia-Keningau-Bersuara-Nik-Nazri.jpg

KOTA KINABALU: Golongan belia khususnya yang berada di daerah Keningau dan sekitarnya berpeluang untuk menyuarakan aspirasi dan idea mereka bagi mencorakkan masa depan negara menerusi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50 Pedalaman) bersama Hafez Musa yang akan berlangsung pada sabtu ini.

Ketua Pemuda Umno Keningau, Nik Nazri Nik Zawawi berkata ini adalah peluang baik kepada anak muda kerana segala aspirasi mereka yang dikumpulkan akan membentuk visi dalam menentukan hala tuju negara 30 tahun dari sekarang.

Beliau berkata TN50 sebagai satu platform terbaik kepada belia untuk bersuara bagi mengetengahkan impian dan pandangan dalam pelbagai isu dan diharapkan mereka mengambil kesempatan itu.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada para belia supaya hadir beramai-ramai ke Dewan Masyarakat Keningau pada 3 Februari ini (sabtu) bermula jam 11 pagi.

Nik Nazri yang baru dilantik Ikon Antidadah Kebangsaan daerah Keningau merakamkan ucapan terima kasih kepada Pengerusi Pemuda BN Sabah, Yamani hafez Musa kerana memilih Keningau sebagai destinasi Dialog TN50 untuk mendengar aspirasi penduduk di kawasan pedalaman.

Ini merupakan program Dialog TN50 Hafez Musa yang ketujuh selepas Ranau, Kadamaian, Kota Marudu Sandakan, UiTM Kota Kinabalu dan Long Pasia.

TN50: Pendapat Rakyat Sabah dibukukan

TN50: Pendapat Rakyat Sabah dibukukan

 

Loading...
scroll to top