Pemandu Grab turunkan penumpang di pertengahan jalan

PENAMPANG: Seorang wanita bersama dua orang anak serta ibunya yang sudah berumur mendakwa telah diturunkan di tepi jalan oleh pemandu proton Persona ketika menggunakan perkhidmatan Grab Car di sini.

Wanita berusia 29 tahun dan keluarganya diturunkan di tepi jalan dekat SMK Bahang selepas pemandu berkenaan tidak berpuas hati kerana kegagalan mereka memberikan isyarat kepadanya untuk sampai ke ‘pickup point’.

“Saya melihat keretanya beberapa meter sebelum dia tiba di tempat yang tepat, saya keluar melambaikan tangan supaya dia nampak kami tetapi dia tidak melihatnya,” kata wanita penumpang wanita yang menunggu berhampiran sebuah kedai di Donggongon

Pemandu itu menghubunginya melalui telefon dan memarahinya kerana tidak menunggu di tepi jalan.

Apabila masuk ke dalam kereta, pemandu itu terus melepaskan kemarahannya terhadap wanita itu kerana tidak menghormatinya dengan  “Sudah la menumpang dengan saya” .

“Saya memberitahunya kita boleh menunggu di jalan raya tetapi kerana waktu itu hujan bagaimana dengan anak-anak dan ibu saya.

“Dia terus mengatakan bahawa dia sepatutnya membatalkan perjalanan bukannya bersetuju menerima penumpang yang memberi kesulitan kepadanya,” kata wanita itu.

Dia berkata pemandu itu diam seketika sebelum menyerang mereka lagi kerana tidak menghormati dia.

Dia kemudian berhenti kereta di tepi jalan dan memberitahu mereka untuk turun kerana dia mahu membatalkan perjalanan.

Insiden tersebut telah dilaporkan kepada pengurus Grab Car Kota Kinabalu, Aaron Leong dan akan menyiasat kejadian ini. The Borneo Post

Loading...
scroll to top