Pemandu Proton maut, Pemandu Lori Disiasat

KOTA KINABALU:  Seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun iaitu yang memandu kereta jenis Proton Wira maut selepas terlibat dalam dalam kemalangan membabitkan sebuah lagi lori jenis Nissan UD dalam satu kejadian lewat malam tadi di pusingan U Batu 7 Jalan Tuaran, berdekatan dengan Gardenia Food Industries, Inanam.

Seorang lagi terselamat iaitu pemandu lori berkenaan.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP Chandra Muthu menyatakan pemandu lelaki tempatan yang memandu lori jenis Nissan UD akan disiasat di bawah Sek. 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kemalangan menyebabkan kematian akibat memandu secara melulu.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dijalan raya, jangan terburu-buru ke sesuatu tempat, dan beri isyarat yang betul semasa berada di jalan raya semoga selamat sampai di destinasi bersama keluarga tersayang.

Loading...
arrow