Pemandu rentung lori minyak terbakar di Jalan Tambunan-KK

Pemandu-rentung-lori-minyak-terbakar-di-Jalan-Tambunan-KK.jpg

ANGGOTA bomba melakukan operasi pemadaman menggunakan foam dan sumber air dari jentera bomba.

TAMBUNAN: Seorang pemandu yang belum dikenali identitinya ditemukan rentung selepas lori tangki minyak yang dipandunya terbakar di Jalan Tambunan-Kota Kinabalu petang tadi (Rabu).

Penolong Penguasa Bomba Desmond Micky @ Dominic berkata kejadian jam 2.31 petang membabitkan lori tangki membawa muatan minyak diesel.

Katanya sebaik anggota bomba tiba, lori terbabit sudah terbakar 70 peratus.

“Anggota bomba segera melakukan operasi pemadaman menggunakan foam dan sumber air dari jentera bomba.

“Pemandu lori ditemukan tersepit dan rentung di bahagian pemandu semasa kerja pemadaman dilakukan,” katanya.

MANGSA berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya mangsa yang berjaya dikeluarkan belum diketahui identitinya dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi terkawal pada jam 4 petang dan ditamatkan jam 5.30 petang kemudian,” katanya.

Desmond berkata operasi dijayakan oleh lapan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambunan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top