Pemberian Royalti 20 peratus merugikan

Royalti-Minyak-Sabah.jpg

Isu Royalti Minyak Sabah

30 Ogos 2018 – Kerajaan Persekutuan, negeri dan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan mengalami kerugian sekiranya menaikkan pemberian royalti minyak sebanyak 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin berkata, apabila Petronas rugi, syarikat milik negara itu akan ditutup dan memberi implikasi bukan hanya pada Petronas tetapi terhadap kerajaan Persekutuan dan negeri.

“10 peratus royalti dalam bentuk bayaran tunai iaitu lima peratus kepada kerajaan negeri dan lima peratus kepada kerajaan Pusat dibayar dua kali setahun iaitu Februari dan Ogos.

“Seterusnya, 70 peratus kos pengeluaran tinggal 20 peratus, tolak pula cukai sebanyak lapan peratus maka baki adalah 12 peratus yang perlu kongsi dengan syarikat kontraktor.

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin

Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin

“Jika penambahan royalti 20 peratus dibuat, akan menyebabkan jauh negatif hasil Petronas malah kesannya akan melibatkan rakyat serta pekerja-pekerja dalam bidang ini,” katanya dalam sesi soal jawab sidang Dewan Negara, pada khamis.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Dr. Nuing Jeluing yang ingin mengetahui sama ada kerajaan PH akan menaikkan royalti minyak 20 peratus seperti yang terkandung dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) secara beransur-ansur dalam tempoh lima tahun.

Pada 20 Julai lalu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Dewan Rakyat berkata, kerajaan akan memenuhi janji menyalurkan royalti 20 peratus kepada negeri-negeri pengeluar minyak seperti Sarawak, Sabah, Kelantan dan Terengganu.- UTUSAN ONLINE

Loading...
scroll to top