PEMUDA UMNO KOTA BELUD SEDIA MEMBANTU SEBARANG PROGRAM SUKAN ANJURAN BELIA: FADLI

oleh : JAAFAR ABD WAHID

SMS NEWS PORTAL

TAHNIAH…. Fadli turut menyampaikan hadiah kepada salah seorang pemenang dalam pertandingan yang diadakan sempena program tersebut

KOTA BELUD: Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kota Belud turut memberikan galakan serta sokongan kepada golongan belia khususnya di daerah itu menganjurkan sebarang aktiviti sukan termasuk sukan lasak bagi menggalakkan golongan belia mengamalkan gaya hidup sihat.

Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno bahagian itu Haji Fadli Juanas berkata, penyertaan belia dalam aktiviti sukan dan riadah penting untuk mengekalkan tahap kecergasan yang lebih baik dalam menjalani kehidupan harian.

“Mengamalkan gaya hidup sihat menerusi penglibatan dalam aktiviti riadah dapat membantu mengekalkan tahap kecergasan disamping membentuk golongan belia memiliki semangat juang yang tinggi untuk menghadapi cabaran semasa ,disamping dapat mengisi masa lapang mereka dari terjebak dengan aktiviti yang tidak sehat ” katanya ketika ditemui selepas menghadiri pertandingan Autoshow sempana sambutan Tamu Besar Kota Belud di perkarangan Tamu Pekan Kota Belud Kemarin

Hadir sama Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Belud Arshad Haji Bistari dan ahli jawatankuasa Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kota Belud.

Menurut Fadli apa juga jenis sukan termasuk sukan lasak juga dikenali sukan ekstrem memerlukan keberanian dan daya tahan fizikal dan mantel yang tinggi dimana semangat sebegini perlu diterapkan dalam jiwa golongan muda bagi memperkasakan sikap serta semangat golongan ini mencapai kejayaan dalam kehidupan mereka

Katanya, usaha memperkasakan genersi belia memerlukan sokongan semua pihak dengan melibatkan golongan ini dalam aktiviti aktiviti positif bagi mendidik golongan ini memiliki jatiditi,potensi dan kebolehan sebagai pemimpin pelapis pada masa akan datang

“ Melalui aktiviviti seperti ini bukan sahaja kita menggalakkan golongan belia dalam program gaya hidup sehat, namun melatih mereka memiliki semangat juang yang tinggi menghadapi segala bentuk cabaran bagi mereka (belia) mencapai kejayaan dalam apa juga bidang yang diceburi ” katanya

Sehubungan dengan itu katanya, Pergerakan Pemuda Umno akan terus menyokong dan memberikan inspriasi kepada golongan belia khususnya di daerah tersebut dalam pelbagai aspek dan kegiatan tanpa mengira latar belakang,agama kaum dan bangsa

Pada majlis tersebut Fadli dan Arshad turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang dalam pelbagai pertandingan yang diadakan sempana program tersebut.

GAMBAR LAIN DI SEKITAR AUTOSHOW DI KOTA BELUD

SMS NEWS PORTAL

Fadli menunjukan isyarat terbaik selepas mencuba menaiki sebuah kenderaan yang menyertai acara drif sempana pertandingan Autoshow tersebut

SMS NEWS PORTAL

PERTANDINGAN…Antara Pertandingan yang diadakan sempana program tersebut

SMS NEWS PORTAL

MENARIK…Antara kenderaan yang mengambil bahagian dalam pertandingan Autoshow yang diadakan

SMS NEWS PORTAL

PEMENANG Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Kota Belud Arshad Haji Bistari turut menyampaikan hadiah kepada pemenang cabutan tiket bertuah sempana program tersebut

Disiarkan :  24 Oktober 2014

Loading...
scroll to top