‘Pengemis’ Sudah Tinggalkan Sabah kali kedua

pengemis-sudah-tinggalkan-sabah.jpg

Gambar diambil netizen di Tamparuli pasangan berkenaan dikatakan mahu ke Sandakan

KOTA KINABALU: Pasangan yang dipercayai suami isteri yang menimbulkan kegusaran serta tandatanya di kalangan penduduk bandaraya Kota Kinabalu difahamkan telah meninggalkan negeri ini secara sukarela ke Kuala Lumpur untuk kali kedua pada 26 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisoner M Chandra mengesahkan perkara itu.

Terdahulu, pada 10 JUN lalu, pasangan ini telah ditahan polis berikutan aduan orang awam berhubung aktiviti pasangan terbabit yang menagih simpati orang ramai di sekitar bandar raya ini dan setuju balik ke Kuala Lumpur keesokan harinya menaiki penerbangan Air Asia.

Bagaimanapun beberapa hari selepas setuju meninggalkan Sabah, mereka kembali lagi ke negeri ini melakukan aktiviti menagih simpati untuk mendapatkan wang.

Melalui perkongsian netizen, pasangan ini dilihat berada di Tuaran, Tamparuli  dan bercadang mahu ke Sandakan pada minggu lepas.

Pengemis tapi duduk hotel mahal

Memetik laporan oleh Harian Metro, lelaki warga Jordan, 56 dan isterinya, warga tempatan berusia 46 tahun itu sepanjang berada di Kota Kinabalu, pasangan ini menginap di beberapa hotel dan hotel terakhir adalah di Grand Hotel 1Borneo – Pautan

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisoner M Chandra berkongsi maklumat ini di laman facebook miliknya

Berita Selanjutnya Menyusul

Berita Bekaitan:

Loading...
scroll to top