Penjawat Awam didakwa Pecah Amanah RM45,780

KOTA KINABALU: Seorang penjawat awam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini kelmarin, atas dua pertuduhan pecah amanah melibatkan kutipan wang kursus sebanyak RM45,780.

Jerry Sameh, 39, seorang pembantu tadbir kewangan W17 di Institut Tabdiran Awam Negara (INTAN) yang diamanahkan wang berkenaan sebanyak RM38,280, didakwa menggunakan wang berkenaan.

Kesalahan itu dilakukan pada 10 Jun hingga 18 November 2015 di INTAN, di sini.

Pada 20 Januari hingga 3 Februari tahun lalu di tempat sama, tertuduh sekali lagi didakwa menggunakan wang kutipan kursus sebanyak RM7,500.

Atas dua kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara 20 tahun dan dengan sebat atau denda.

Hakim Indra Hj Ayub menetapkan pada 26 Julai depan sebagai pengurusan kes terhadap Jerry selepas mengaku tidak bersalah bagi menentukan tarikh perbicaraan.

Sementara menunggu kes berkenaan selesai, mahkamah membenarkan tertuduh dibenarkan ikat jamin sebanyak RM15,000 yang dicagarkan dua penjamin tempatan.

Pendakwaan itu dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya Mohd Khairuddin Idris.

Loading...

Leave a Reply

arrow