Penunggang Maut, Motorsikal Bertembung Pacuan Empat Roda

penunggang-maut-selepas-maut-di-lahad-datu.jpg

LAHAD DATU, seorang penunggang maut selepas motosikalnya bertembung dengan sebuah kenderaan pacuan roda dalam nahas di Km 100 Jalan Bandar Sahabat dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Hamzah Ahmad berkata Ghafar Anto, 33, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan pacuan empat roda itu memasuki laluan bertentangan namun kembali ke lorong asal ketika cuba mengelak motosikal mangsa di laluan bertentangan.

Bagaimanapun, mangsa yang cuba mengelak kenderaan itu turut masuk ke lorong berkenaan menyebabkan berlaku pelanggaran, katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Kes disiasat menurut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan.

Ngeri keadaan badan mangsa yang maut seakan terputus dua

Lihat Gambar lain di Facebook

Loading...
scroll to top