Penunggang Motor Berkuasa Tinggi Asal Labuan Maut

SMS NEWS PORTAL

lelaki tunggang motorsikal berkuasa tinggi maut di jalan Kimanis-Keningau

Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi, maut selepas dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit di Kilometer 36, Jalan Kimanis-Keningau, dekat sini, tengah hari ahad.

Dalam kejadian pada jam 12.15 tengah hari itu, Ady Yuzaidy Ja’afar, 29, yang berasal dari Labuan, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala. Difahamkan sebelum kejadian, mangsa bersama dua rakan lain dalam perjalanan dari Sook menuju ke Menumbok untuk pulang ke Labuan.

Bagaimanapun, apabila sampai di puncak bukit, mangsa dipercayai memecut laju sehingga kelibatnya tidak kelihatan, sebelum dia dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan.

Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan George Abdul Rakman, berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Papar untuk bedah siasat. “Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Mangsa dipercayai hilang kawalan ketika menuruni bukit lalu terbabas ke bahu jalan sebelah kanan,” katanya dalam kenyataannya, di sini, hari ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

– BHARIAN

Loading...
scroll to top