Penunggang motorsikal maut, nahas jalanraya di Lahad Datu

Penunggang-motorsikal-maut-nahas-jalanraya-di-Lahad-Datu.jpg

LAHAD DATU: Seorang penunggang motosikal terbunuh selepas terbabit dalam nahas jalan raya melibatkan dua kenderaan lain iaitu sebuah lori tanker jenis Howo dan sebuah kereta pacuan empat roda (4WD) jenis Toyota Vigo di kilometer 30 jalan Lahad Datu – Sandakan, dekat sini, pada petang Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.10 petang itu, mangsa Rizal Rudi, 25, yang mengalami cedera parah bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira jam 4.15 petang di Hospital Lahad Datu (HLD).

Ketua Polis Daerah ini, ACP Hamzah Ahmad berkata, kemalangan tersebut berlaku semasa mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda dalam perjalanan dari arah Lahad Datu menuju ke Jalan Sandakan.

Apabila sampai di kawasan selekoh km 30 Jalan Lahad Datu-Sandakan katanya, motosikal yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan sebelah kanan jalan dan dalam masa yang sama sebuah lori tanker dari arah bertentangan jalan cuba mengelak ke bahu kiri jalan namun motosikal mangsa dikatakan telah merempuh bahagian tayar belakang sebelah kanan lori tersebut

“Kejadian itu menyebabkan mangsa dan motosikalnya tercampak diatas jalan sebelum sebuah kenderaan Vigo yang datang dari arah belakang motosikal terlanggar mangsa selepas dikatakan tidak sempat mengelak,” katanya di sini, pada Sabtu.

Tambahnya, mangsa yang parah dihantar ke HLD dan disahkan meninggal dunia pada pukul 4.15 petang.

“Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat dibawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi. – NewSabahtimes

Loading...
scroll to top