Penyamun Tewas kena ‘Flying Kick’

Penyamun-Tewas-kena-Flying-Kick.jpg

TEWAS.. Penyamun (gamabr kecil) diberkas orang kampung sebelum diserahkan kepada pihak Polis

TELUPID: Taktik pasangan suami isteri baring di tepi jalan raya dan berpura-pura meminta tolong sebelum menyamun seorang mangsa membawa padah apabila dicekup penduduk kampung dalam kejadian di Kampung Bauto, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 5.30 pagi, mangsa lelaki 30-an, yang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan dikatakan melihat tiga suspek berusia 30 hingga 50 tahun

termasuk pasangan terbabit berbaring di lokasi berkenaan.

Difahamkan, mangsa menurunkan cermin kereta untuk membantu tetapi suspek menarik tangan lalu merampas jam tangan miliknya.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan V Shivananthan berkata, mangsa yang turun dari kenderaan dipukul oleh suspek sebelum ditahan dengan bantuan penduduk kampung.

Sumber lain yang merupakan saksi kejadian mendedahkan seorang lelaki yang lalu di lokasi tersebut ternampak suspek cuba mengikat mangsa menggunakan wayar ‘jumper’.

Tanpa berlengah beliau terus meluru ke arah suspek yang cuba melarikan diri  sebelum membuat satu tendangan terbang ‘flying kick’ terkena pada suspek yang terus tersungkur sebelum orang kampung menahan dan menyerahkan kepada pihak polis.

“Isteri suspek turut diberkas. Manakala seorang lagi rakan mereka melarikan diri.

“Siasatan lanjut, kedua-dua pasangan suami isteri berasal dari Filipina dan tidak memiliki dokumen sah.” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana menyamun.

Terdahulu, gambar suspek dicekup penduduk kampung turut tular di Facebook, semalam.

Loading...
scroll to top