Pertandingan Empat Mukim di Pitas Bakal Sengit

SMS NEWS PORTAL

Pemilihan Unduk Ngadau Daerah Pitas lebih sengit tahun ini

Pitas – Satu persaingan yang sihat dan menarik bakal disaksikan dalam pemilihan peserta Unduk Ngadau yang bakal mewakili daerah ini ke peringkat negeri apabila empat suku kaum iaitu Kimaragang, Sungai, Tombunuo dan Rungus akan mewakili empat Mukim yang bertanding di peringkat daerah Pitas sempena sambutan Pesta Kaamatan pada bulan Mei ini yang bertemakan Keamanan Dan Perpaduan Melalui Kebudayaan.

SMS NEWS PORTAL

Ruddy Awah

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan Unduk Ngadau Peringkat Daerah Pitas, Dato Ruddy Awah (gambar) memberitahu selepas dipersetujui oleh Pegawai Daerah Pitas, Tuan Bubudan OT Majalu dan ADUN Pitas, Datuk Bolkiah Hj Ismail pada tahun ini Pejabat Daerah Pitas akan bekerjasama dengan empat Persatuan yang mewakili setiap suku kaum di mukim masing-masing untuk menganjurkan pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau ( Ratu Cantik).

Pesta Kaamatan di peringkat Mukim akan dirasmikan oleh Datuk Bolkiah Hj Ismail, Pembantu Menteri Pembangunan Perindustrian sementara bagi pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau peringkat mukim akan dirasmikan oleh DO Tuan Bubudan OT Majalu mengikut ketetapan di berikut.

SMS NEWS PORTAL

Jadual Pertandingan Sugandoi dan Unduk Ngadau Peringkat Mukim-Mukim Daerah Pitas bagi tahun 2015 #RALAT Mukim Kalumpang pada 07 & 08 MEI 2015 bertempat di Dewan Tampakahu

Ruddy Awah yang juga Pengerusi Pertandingan Peringkat mukim-mukim daerah Pitas berharap dengan adanya kerjasama seperti ini akan dapat mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat dengan Pejabat Daerah Pitas sekaligus menggalakkan lebih ramai peserta yang berkualiti mengambil bahagian bagi mewakili suku kaum masing-masing.

Bagi pertandingan Sugandoi dua pemenang akan dipilih untuk mewakili Mukim masing-masing bertanding di peringkat daerah sementara bagi pertandingan Unduk Ngadau setiap mukim akan menghantar tiga peserta terbaik untuk merebut gelaran Ratu Unduk Ngadau Daerah Pitas seterusnya akan mewakili daerah bertanding di peringkat negeri.

Sementara itu ditanya mengenai pengadilan bagi pemilihan mewakili daerah ke peringkat negeri, Ruddy yang juga penyumbang utama pertandingan menegaskan bahawa ini adalah soal nama baik daerah Pitas, saya sendiri akan beritahu mereka ( pengadil ) untuk pilih berdasarkan bakat dan kelayakan sepatutnya. Beliau juga akan memanggil wakil KDCA untuk menjadi pengadil dan pemerhati  untuk menilai pertandingan yang diadakan di sini.

Pencapaian terbaik untuk peserta yang mewakili daerah Pitas ialah kedudukan keenam yang diwakili oleh Miss Elforina Jolius pada tahun 2010.

Loading...
scroll to top