Peruntukan Khas RM10 Juta Untuk NGO OKU, Warga Emas Sabah

Peruntukan-Khas-RM10-Juta-Untuk-NGO-OKU-Warga-Emas-Sabah.jpg

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini menyampaikan peruntukan khas RM10 juta kepada badan bukan kerajaan (NGO) orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas

SANDAKAN, 19 Mei – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman hari ini menyampaikan peruntukan khas RM10 juta kepada badan bukan kerajaan (NGO) orang kelainan upaya (OKU) dan warga emas di negeri ini.

Musa berkata peruntukan itu adalah daripada dana khas sebanyak RM53 juta tahun ini untuk NGO menerusi Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah.

Katanya jika peruntukan khas untuk NGO OKU dan warga emas yang masing-masing menerima RM5 juta itu menepati sasaran, beliau bertekad mahu menambah jumlahnya pada tahun hadapan.

“Saya percaya peruntukan seumpama ini sangat berguna dan bermanfaat kepada golongan sasar yang difokuskan itu.

“Justeru, kementerian sentiasa berusaha memastikan setiap peruntukan khas yang disalurkan kerajaan menepati sasaran,” katanya pada majlis penyampaian peruntukan khas itu di bawah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am di sini, hari ini.

Menurut Musa, beliau amat berharap rakyat yang memerlukan dapat dibantu menerusi peruntukan khas seumpama itu.

— BERNAMA

Loading...
scroll to top