Pesuruhjaya Polis Sabah, Ramli Din Bertukar ke Bukit Aman

Pesuruhjaya-Polis-Sabah-Ramli-Din-Bertukar-ke-Bukit-Aman.jpg

Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah dan Majlis Serah Terima Tugas Pesuruhjaya Polis Sabah di antara Dato' Ramli Din dan Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Dato' Omar Hj Mammah sebagai Pemangku Pesuruhjaya Polis Sabah disaksikan Pengarah Pengurusan PDRM CP Dato' Sri Asri Yusoff di Ibu Pejabat Polis Daerah Kontinjen Sabah yang beralsngung hari ini

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Ramli Din adalah antara 17 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam pertukaran jawatan berkuatkuasa 12 September ini.

Ramli dilantik sebagai Ketua Urus Setia KPN (Penyelidikan & Pembangunan) Bukit Aman.

Ramli Din menjadi tumpuan baru-baru ini selepas beberapa pemimpin Parti Warisan Sabah yang memimpin kerajaan Sabah hari ini menyatakan ketidakpuasan hati mereka terhadap layanan polis kepada mantan ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman.

Ramli memulakan tugasnya sebagai Pesuruhjaya Polis Sabah pada 3 Januari 2017 menggantikan Datuk Abd. Rashid Harun yang bersara wajib.

Berita Berkaitan:

Parti Warisan Sabah pertikai layanan istimewa Polis kepada Musa Aman

Loading...
scroll to top