Polis buru lelaki cabul isteri jiran

Habibi-Majinji-Ketua-Polis-daerah-Kota-Kinabalu.jpg

Ketua Polis daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji

KOTA KINABALU: Seorang lelaki giat diburu polis selepas mencabul isteri jirannya di sebuah rumah di Inanam malam Rabu.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian jam 11 malam dipercayai berlaku sebaik suami mangsa berumur 38 tahun keluar dari rumah mereka.

“Tidak lama selepas itu suspek menyusup masuk ke rumah mangsa sebelum menarik seluar dalam mangsa yang ketika itu sedang tidur.

“Perbuatan suspek bagaimanapun menyedarkan mangsa sebelum mangsa menjerit kerana terkejut,” katanya.

Beliau berkata suspek segera berlari keluar dari rumah berkenaan sebelum menghilangkan diri di dalam gelap.

“Mangsa dapat mengecam suspek adalah jirannya dan laporan polis sudah dibuat selepas kejadian.

“Usaha untuk mengesan suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.

Loading...
scroll to top