Polis Kota Kinabalu serbu kawasan setinggan dan rumah kongsi

Polis-Kota-Kinabalu-serbu-kawasan-setinggan-dan-rumah-kongsi.jpg

Polis Kota Kinabalu serbu kawasan setinggan dan rumah kongsi (Gambar Hiasan)

M.Chandra

Asisten Komisioner M.Chandra

KOTA KINABALU: Sebanyak 10 kawasan setinggan termasuk rumah kongsi di enam lokasi sekitar bandaraya  Kota Kinabalu diserbu dalam Ops Bersepadu pendatang tanpa izin (PTI).

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata seramai 72 warga asing ditangkap termasuk dua lelaki atas kesalahan dadah.

Menurutnya kawasan yang diperiksa termasuklah rumah setinggan belakang stesen minyak Petronas Luyang, bersebelahan Gereja RC Bukit Padang, Kionsom, Kampung Lokub, dan Kampung Tebobon.

Polis Kota Kinabalu serbu kawasan setinggan dan rumah kongsi sabah

Polis Kota Kinabalu serbu kawasan setinggan dan rumah kongsi sabah

Selain itu katanya turut diperiksa rumah kongsi Kampung Dambai, kawasan bersebelahan G-Mart Pekan Inanam, bersebelahan kilang di Kolombong, kawasan belakang 99 Speed Mart Taman Nelly Kolombong, dan tapak pembinaan di Harbour City.

“Warga Filipina yang ditangkap melibatkan 14 lelaki, 17 perempuan, 27 kanak-kanak lelaki, dan 10 kanak-kanak perempuan.

“Kita turut menahan dua warga Indonesia masing-masing seorang lelaki dan seorang perempuan.

“Bagi suspek kes berkaitan dadah, kedua-duanya disiasat mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” jelasnya di sini Ahad lepas.

Menurutnya operasi berkenaan dijalankan bermula jam 1 hingga 11.30 pagi Ahad lepas melibatkan lokasi di Luyang, Inanam, Manggatal, dan bandaraya.

Beliau berkata kesemua yang ditangkap dibawa ke lokap berpusat Kota Kinabalu selepas didokumentasi di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kota Kinabalu.

Chandra berkata kesemua tangkapan berumur dalam lingkungan setahun hingga 65 tahun.

“Tumpuan lokasi operasi kali ini dijalankan bagi pencegahan jenayah di kawasan yang berpotensi sebagai sarang penjenayah serta pengedaran dadah di kawasan Kota Kinabalu.

“Sebanyak 50 rumah turut ditanda dan empat rumah dirobohkan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu ( DBKK) selain beberapa punca bekalan elektrik diputuskan oleh Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB),” katanya.

Loading...
scroll to top