Program Kembali Ke Sekolah Pitas dapat sambutan

PITAS: Program Kembali Ke Sekolah Pitas 2017 yang diadakan di pentas terbuka Pekan Pitas mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di daerah ini.

Program itu anjuran bersama Persatuan Kebudayaan Kadazan Dusun (KDCA), Jabatan Penerangan Pitas, Ain Teguh Smart Stations Stesen Minyak Petronas Pitas, Pribumi’s Sabah serta Persatuan Kebajikan dan Rekreasi Pitas.

Antara kegiatan yang diadakan ialah perkhidmatan gunting percuma untuk pelajar sekolah, sumbangan alat tulis dan alat persekolahan secara percuma dan derma darah.

Ibubapa memanfaatkan program ini dengan membawa anak-anak untuk mendapatkan perkhidmatan gunting secara percuma

Program itu dirasmikan oleh Dato Seri Dr Ruddy Awah. Turut hadir ialah Naib Presiden PBS Datuk Ng Loi Teck, Presiden Pribumi’s Dato Abd Tani Lo, AJK Pemuda Parlimen Kudat Mohd Ali Yusof, Yang Dipertua Komuniti Perdarah Malaysia Firdaus Petrus Abdullah, Pegawai Penerangan Daerah Pitas Yacoob Hamud, Saulie Rimumbul dan Ghani Selen.

Walaupun pertama kali diadakan, program khidmat masyarakat itu mampu mencapai tujuan dan objektifnya untuk membantu pelajar dengan alat tulis, khidmat gunting percuma yang pastinya meringankan bebanan keluarga yang mempunyai anak-anak yang memulakan sesi persekolahan tahun 2018.

Selain itu, aktiviti derma darah itu juga adalah bukti keprihatinan penganjur untuk mengisi kekurangan bekalan darah untuk membantu mereka yang memerlukan pada saat kecemasan. – UTUSAN BORNEO

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow