Punca Sebenar Kematian Sairah Fitri

SAIRAH FITRI TIFANU, 20 maut akibat dua tikaman di bahagian rusuk badan
Berita Sabah Terkini
SAIRAH FITRI TIFANU

Polis pada selasa mendedahkan punca kematian Sairah Fitri Tifanu.

Deputi Superintendan Douglas Taong berkata mangsa, 20, maut akibat dua tikaman di bahagian rusuk badan. Pihak Hospital turut memaklumkan menemui kesan lebam di beberapa bahagian muka dan badan mangsa selain tusukan kecil di dada kanan selepas bedah siasat yang dijalankan.

Kes ini disiasat mengikut seksyen 302 kanun Keseksaan kerana membunuh. Pihak polis pada ketika ini berusaha menjejaki suspek untuk mengetahui motif pembunuhan tersebut.

Sairah, 20, adalah penuntut sebuah kolej swasta di Selangor, menjalani latihan industri di Unit Pelesenan Pejabat Daerah Keningau sejak bulan lalu.

“Pihak polis sudah mendapatkan keterangan rakan serta ahli keluarga terdekat mangsa bagi membantu siasatan,” tambah

Sehubungan itu orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diharapkan dapat menyalurkan maklumat di balai polis yang berhampiran.

Loading...
arrow