Pusat beli-belah di tengah Bandaraya KK bakal bergelap ?

pusat-beli-belah-di-KK-bakal-bergelap.jpg

The Borneo Post melaporkan sebuah lagi pusat membeli-belah di tengah Bandaraya Kota Kinabalu gagal menjelaskan tunggakan berjumlah RM 200,000

KOTA KINABALU: Sebuah lagi pusat membeli-belah yang terletak di tengah-tengah pusat bandaraya Kota Kinabalu, berdepan tindakan pemotongan bekalan elektrik selepas pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan gagal menjelaskan tunggakan bil elektrik yang berjumlah RM200,000 lapor The Borneo Post baru-baru ini.

Difahamkan pihak pengurusan pusat berkenaan telah bertemu dengan pihak pengurusan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) dan menyatakan bersetuju untuk menyelesaikan tunggakan secara ansuran sebanyak RM30,000 sebulan sehingga bayaran penuh dibuat.

Bagaimanapun, SESB menegaskan ansuran hanya boleh dibuat sebanyak empat kali untuk menyelesaikan tunggakan berkenaan.

Ini adalah kes kedua kegagalan pusat beli-belah menjelaskan bil elektrik selepas kes terdahulu melibatkan Pusat beli-belah 1Borneo Hypermall. –  Suara Masyarakat Sabah

Suara Sabah

Keratan Akhbar lepas melaporkan 1Borneo Hypermall (1Borneo) bakal berdepan tindakan pemotongan bekalan elektrik selepas kegagalan pihak pengurusan pusat beli-belah itu membayar tunggakan bil elektrik yang mencecah RM9.3 juta.

Loading...
scroll to top