‘Pusher’ dicekup di Sepanggar

Pusher-dicekup-di-Sepanggar.jpg

Pengedar Dadah (Pusher') dicekup di Sepanggar - Gambar Hiasan

KOTA KINABALU – Seorang lelaki warga asing dicekup polis ketika mengedar dadah di sekitar kawasan Sepanggar di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M. Chandra berkata, dalam serbuan pada pukul 8 malam itu, penganggur berusia 28 tahun tersebut diberkas pihak berkuasa ketika sedang menunggu pelanggan.

Menurut Chandra, suspek yang berasal dari Filipina itu bertindak agresif dan cuba melarikan diri malah dia juga enggan mengakui dadah terbabit miliknya.

“Bertindak atas maklumat orang awam, kita berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah di sekitar kawasan Sepanggar.

“Suspek bertindak agresif dan enggan mengaku terdapat dadah dalam simpanannya.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui sepeket plastik mengandungi dadah dipercayai syabu seberat 50.16 gram di dalam poket seluarnya,” katanya ketika hari ini.

Chandra berkata, hasil saringan ujian air kencing juga mendapati suspek positif dadah.

Selain syabu bernilai RM4,500, polis turut merampas sehelai seluar pendek berwarna coklat dan sebuah telefon bimbit.

DIRAMPAS.. Polis merampas syabu bernilai RM4,500, dan sehelai seluar pendek berwarna coklat serta sebuah telefon bimbit

Loading...
scroll to top