Rahman Dahlan Pertahan Kerusi Kota Belud

Majlis-Penyerahan-Van-dan-Bantuan-Kewangan-Kepada-Gereja-Kota-Belud.jpg

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman menyerahkan dua kenderaan van untuk komuniti Kristian

Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan

KOTA BELUD, -Semua anggota UMNO, mahupun Barisan Nasional (BN) boleh menyatakan hasrat untuk menjadi calon dan bertanding bagi kawasan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum akan datang, kata Anggota Parlimen Kota Belud Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.

Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, bagaimanapun berkata keputusan memilih calon untuk bertanding di sesuatu kawasan pada akhirnya akan diserahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti.

“Anda (anggota parti) boleh melahirkan hasrat untuk menawarkan diri bertanding sebagai calon, termasuk diri saya, tetapi akhirnya, kita serahkan kepada keputusan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Ketua Menteri Sabah (Datuk Seri Musa Aman),” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan dua kenderaan van untuk komuniti Kristian di sini hari Sabtu.

Abdul Rahman diminta mengulas hasrat seorang tokoh pemimpin di sini untuk kembali aktif dalam politik seterusnya menjadi calon pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, Abdul Rahman turut memberitahu bahawa beliau juga berminat untuk menjadi calon lagi dan bertanding bagi kawasan parlimen yang disandangnya kini.

“Oleh itu, jangan keluarkan saya daripada senarai calon. Bagaimanapun, dalam tradisi BN dan UMNO, oleh kerana kerusi Parlimen Kota Belud ini adalah kuota UMNO, ia diputuskan oleh pemimpin tertinggi.

“Saya akan patuh…saya orang parti. Jika mereka (pucuk pimpinan) yakin saya yang terbaik, maka saya tetap berada di sini (Kota Belud). Jika mereka berpendapat orang lain harus mengambil alih, maka saya serahkan kepada kebijaksanaan mereka.

“Inilah yang menjadikan UMNO dan BN kuat,” katanya.

— BERNAMA

Loading...
scroll to top