Rakyat Perlu Bangga Dengan Batik Malaysia – KM Sabah

Rakyat-Perlu-Bangga-Dengan-Batik-Malaysia-KM-Sabah.jpg

Terpesona Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman bersama bekas Perdana Menteri yang juga Penaung "Malaysia Batik Crafed For the World Movement" Tun Abdullah Ahmad Badawi terpesona melihat seni batik ketika melawat pameran batik selepas merasmikan Viva Batik Festival di Oceanus Waterfront Mall, Kota Kinabalu hari ini. - Foto Bernama

KOTA KINABALU – Rakyat Malaysia harus menanam perasaan bangga terhadap batik tempatan yang mempunyai kecantikan dan keunikan tersendiri, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

“Kita seharusnya berbangga dengan keupayaan usahawan batik kita yang mampu menghasilkan pelbagai produk batik yang mempunyai nilai estetika, berkualiti dan praktikal.

“Oleh itu, setiap sektor perlu bekerjasama dalam memastikan industri batik terus kukuh seiring pembangunan negara dan tidak hilang ditelan zaman,” katanya ketika merasmikan Festival Viva Batik anjuran Yayasan Budi Penyayang Malaysia, di sini Isnin.

Bagi meningkatkan permintaan terhadap industri batik, Musa berkata pengusaha perlu menghasilkan produk dan corak batik yang kreatif, berinovasi dan berkualiti tinggi secara konsisten supaya industri itu terus kukuh dan mampu berdaya saing.

Pada majlis itu, Pengerusi Waterfront Urban Development Sdn Bhd Datuk Abdul Ghani Rashid menyampaikan sumbangan RM50,000 kepada pengerusi yayasan berkenaan Nori Abdullah.

Turut hadir bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga penaung Yayasan Budi Penyayang Malaysia.

— BERNAMA

Loading...
scroll to top