Remaja hentak kepala trafik ditahan

Remaja-hentak-kepala-trafik-ditahan-polis.jpg

KOTA BELUD: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun ditahan selepas bertindak menyerang seorang anggota polis trafik dalam kejadian yang berlaku di Kampung Lebak Moyoh, Kota Belud, Sabah.

Menerusi video yang tular di laman sosial, kelihatan suspek bertindak menumbuk belakang kepala seorang anggota polis trafik yang sedang menjalankan tugas.

“Siasatan awal kejadian mendapati verlaku kemalangan di lokasi kejadian membabitkan dua kenderaan iaitu perodua Myvi dan motorsikal.

Sebaik anggota trafik berpangkat koperal tiba di lokasi kejadian dan cuba menenangkan keadaan secara tiba-tiba beliau ditumbuk di bahagian belakang kepala oleh dua lelaki tidak dikenali.

Difahamkan suspek yang bertindak demikian merupakan ahli keluarga kepada penunggang motorsikal yang terlibat kemalangan.

Suspek akan disiasat mengikut seksyen 353 kanun keseksaan.

Loading...
scroll to top