RISDA BANTU PERTINGKATKAN HASIL GETAH – BUNG

Berita Sabah SMS NEWS PORTAL

TERBAIK… Jafry (tengah) yang mewakili Bung bersama Pegawai Pegawai RISDA dan peserta menunjukkan isyarat bagus selepas menutup kursus tersebut

SUKAU KINABATANGAN :  Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) mempergiatkan kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) yang meragkumi  cara menanam dan  membaja untuk memastikan para petani dan peserta yang mengikuti program kelolaan badan itu mencapai pengeluaran hasil pertanian maksimum.

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin, berkata usaha itu adalah untuk menggerakkan para pekebun kecil mengubah minda dan sikap melihat tanah kebun sebagai aset menjana pendapatan yang mampu memberikan keuntungan lumayan.

Beliau berkata berikutan pasaran produk pertanian itu semakin baik ketika ini, setiap pekebun kecil harus mengambil peluang dan kesempatan untuk menjana pendapatan keluarga.

“Menerusi  Kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) anjuran RISDA, kita berharap pekebun kecil merebut peluang yang dismpaikan serta  memberi komitmen untuk  melaksanakannya bagi mendapatkan pengalaman  cara membaja mengikut kaedah yang betul bagi memastikan pembesaran pokok tidak terbantut dan mampu menghasilkan susu berkualiti” katanya

Beliau berkata demikin ketika berucap merasmikan kursus Amalan Pertanian Baik (GAP) peringkat Parlimen Kinabatangan di kampung Sukau dekat sini baru baru ini.

Teks Ucapan beliau disampaikan oleh   Timbalan Ketua Umno Bahagian Kinabatangan yang juga Ahli Lembaga Pengarah RISDA  Semaian dan Landskap Sdn Bhd saudara Jafry Ariffin.

Menurut Bung yang juga Pengerusi Felcra Berhad kehadiran pihak RISDA di negeri ini  khsusunya di kawasan Kinabatangan, turut membuka peluang  bagi perintis masa depan yang baik bagi golongan para pekebun getah.

Jelasnya,  program program RISDA yang telah dan bakal dilaksanakan bertujuan untuk membantu mensejahterakan kehidupan  rakyat khususnya para pekebun kecil untuk keluar dari garis kemiskinan.

SMS NEWS PORTAL

PENJELASAN.. Jafry mendengar penjelasan cara menanam dan membaja ketika melawat ladang getah selepas program tersebut

Loading...
scroll to top