RM903.5 juta untuk projek tenaga, air dan perparitan di Sabah

KOTA KINABALU: Untuk tahun hadapan, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air akan memperuntukkan RM903.5 juta untuk projek tenaga, air dan perparitan di Sabah.

Jumlah itu sebahagian daripada RM2.6 bilion yang diluluskan oleh kementerian.

Sejumlah 349 juta untuk projek air di Sabah dan jumlah itu meningkat 58 peratus manakala 150.5 juta dan sejumlah RM404 juta masing-masing diperuntukkan untuk memperbaiki sistem perparitan dan menjalankan projek tenaga.

Menterinya, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili membuat pengumuman itu dalam ucapannya pada Majlis Makan Malam ke-38 Institution Engineers Malaysia (IEM) Sabah di sebuah resort di sini pada Sabtu.

Pada majlis itu, beliau juga meminta golongan jurutera di Sabah untuk merebut peluang yang ditawarkan di bawah Skim Kewangan Teknologi Hijau (GTFS) sebelum berakhir tahun depan.

Maximus berkata skim itu yang diperkenalkan pada 2010 dengan peruntukan pinjaman mudah RM3.5 bilion yang ditawarkan kepada pengeluar dan pengguna teknologi hijau.

Sehingga kini katanya RM1.99 bilion telah diagih-agihkan dan sejumlah RM139 juta diperuntukkan untuk projek-projek di Sabah.

“Dengan peruntukan yang masih ada RM1.5 bilion sehingga akhir 2015, saya menggesa golongan jurutera di Sabah untuk merebut peluang-peluang ini,” kata Dr Maximus.

Beliau berkata penyertaan mereka di bawah skim ini akan membantu agenda pembangunan hijau di Sabah khasnya dan negara secara amnya,” katanya.

Beliau juga berharap para jurutera di Sabah agar mengguna dana yang ada di bawah skim itu untuk menjadikan sisa buangan kepada tenaga atau bahan-bahan kitar semula yang berrnilai kerana dari kajian yang dijalankan oleh saintis daripada Universiti Putera Malaysia mendapati Sabah mengeluarkan kira-kira 2,000 tan sisa pepajal terbuang setiap hari pada 2013.

Dr Maximus berkata kementeriannya telah menggariskan lima strategi penting di bawah Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan- antara lainnya penyelidikan, pembangunan dan inovasi.

“Kementerian saya juga sedang memuktamadkan Pelan Utama Teknologi Hijau yang menggariskan strategi-strategi untuk teknologi hijau untuk meningkatkan ekonomi negara dengan penekanan diberikan untuk pembuatan,tenaga, pengangkutan, binaan, air dan juga pengurusan sisa air.

“Di sini saya yakin IEM Sabah boleh menjadi pemain utama dalam merealisasikan pelan utama untuk mencapai objektif yang termasuk dalam Dasar Teknologi Hijau Kebangsaan,” kata Dr Maximus.

“Saya berharap IEM Sabah akan bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk meneliti pembangunan teknologi dan inovasi,” tegasnya.

Mengenai Persidangan dan Pameran Grrentech dan Ecoproducts Antarabangsa (IGEM) yang bermula sejak 2011 di Kuala Lumpur, beliau berkata acara untuk 2015 akan diadakan dari 9 hingga 12 September.

“Saya ingin menjemput anda untuk menyertai Persidangan dan Pameran IGEM 2015 ini dan merebut peluang keemasan hasil dari acara ini,” katanya.

Beliau berkata IGEM adalah landasan untuk para jurutera yang kreatif dan berinovasi untuk menunjukkan perancangan utama dan menarik pelabur ke Malaysia terutama ke Sabah.

Beliau juga berkata sejak 2011 IGEM telah berjaya merekodkan transaksi perniagaan berjumlah RM5 bilion dan tahun ini saja RM1.9 bilion transaksi perniagaan telah direkodkan.

Loading...
scroll to top