Rupanya Anak Sendiri

terlanggar-anak-sendiri-papar.jpg

KEADAAN mangsa yang dihimpit tayar lori tanah semasa kejadian terbabit di Kinarut.

Lori hilang kawalan, peniaga terlanggar anak sendiri

Satu kejadian menyayat hati berlaku apabila sebuah lori tanah hilang kawalan sebelum melanggar dan mengilis seorang lelaki di Kinarut, di sini pada Jumaat.

Menurut saksi kejadian yang enggan dikenali berkata, kemalangan berlaku di kawasan pemindahan tanah di sebuah bukit.

“Lori yang membawa tanah dipercayai dipandu sendiri oleh pemilik lori terbabit semasa menuruni bukit.

“Lori terbabit kemudiannya hilang kawalan lalu melanggar seorang lelaki yang juga anaknya semasa mangsa berada berhampiran lokasi kejadian,” katanya.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Papar Deputi Supritendan Ladamah Sulaiman ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit sebaik ianya ditularkan orang ramai menerusi media sosial WhatsApp pada petang Jumaat.

Loading...
scroll to top