Rupanya jiran yang tarik seluar dalam

Dicabul-ketika-sedang-ambil-wuduk.jpg

Sekadar gambar hiasan

WANITA berdepan detik hitam apabila dicabul jiran di rumahnya di Inanam, di Kota Kinabalu, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, pada kejadian jam 11 malam itu, wanita berusia 38 tahun terbabit sedang tidur.

Habibi Majinji

Ketua Polis daerah Kota Kinabalu, ACP Habibi Majinji

Beliau berkata, suspek dipercayai memasuki rumah berkenaan sebaik menyedari suami wanita itu keluar dari rumah.

“Suspek menarik seluar dalam mangsa, sebelum mangsa dapat mengecam suspek lelaki itu adalah jirannya,” katanya ketika dihubungi NSTP.

Habibi berkata, mangsa kemudian menjerit menyebabkan suspek melarikan diri.

Beliau berkata, susulan kejadian, mangsa membuat laporan polis.

“Usaha mengesan suspek berusia 40-an sedang dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul kehormatan,” katanya.

Loading...
scroll to top