Sabah Alu-alukan Sarawak Tubuh Syarikat Minyak

Sabah-Alu-alukan-Sarawak-Tubuh-Syarikat-Minyak.jpg

Sabah Alu-alukan Sarawak Tubuh Syarikat Minyak

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah

Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah

Sabah Sambut baik pengumuman Kerajaan Sarawak

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah menyambut baik pengumuman oleh kerajaan Sarawak bahawa negeri itu juga telah menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri untuk aktiviti eksplorasi huluan.

“Saya gembira mendengar pengumuman Abang Jo bahawa Sarawak juga merancang untuk menubuhkan sebuah syarikat minyak dan gas mereka sendiri.

Saya percaya keputusan yang dibuat oleh jiran kita akan meningkatkan daya saing dan pembangunan kapasiti dalam industri,” katanya.

Beliau berkata Sabah menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri pada tahun 2014 melalui Sabah International Petroleum Sdn Bhd (dahulunya M3nergy Bhd), sebuah anak syarikat milik penuh kerajaan negeri Sabah sebagai entiti tujuan khas untuk menyokong pembangunan berterusan di negeri ini dalam sektor minyak dan gas.

“Kerajaan Sabah sedar bahawa pertumbuhan dalam minyak dan gas adalah penting untuk pembangunan sosial dan ekonomi negeri.

Oleh itu, kita memutuskan ia adalah masa untuk mengambil pendekatan proaktif dan strategik dengan menubuhkan syarikat minyak dan gas kita sendiri tiga tahun yang lalu,” katanya merujuk cadangan Sarawak untuk menubuhkan syarikat minyak dan gas sendiri.

Beliau berkata SIP terutamanya memberi tumpuan kepada tiga sektor teras dalam industri minyak dan gas, iaitu Expolarasi & Sektor Pengeluaran, Expolarasi & Sektor Perkhidmatan Pelgeluaran Sokongan yang mana termasuk Floatian dalam Sektor Tenaga.

“Kita juga mendapat kepentingan besar dalam dua Kontrak Perkongsian Pengeluaran (PSC) dalam pesisir Sabah melalui sebuah konsortium Sapura Kencana Energy Sabah Incorporated, M3nergy Berhad dan Petronas Carigali Sdn Bhd.

Raymond berkata selain Sektor Explorasi & Pengeluaran, SIP juga telah membeli beberapa entiti lain yang memiliki kapal berharga seperti FPSO Ratu Nusantara, FPSO Perintis dan FSO Ratu Songkhla.

“Kita juga berjaya mendapatkan Petronas bersetuju untuk kerajaan Sabah melalui SIP untuk memiliki 10 peratus ekuiti dalam LNG Train 9 di Bintulu, Sarawak.

“Kejayaan dalam sektor minyak dan gas tidak akan berlaku dalam sekelip mata, tetapi saya percaya dengan perancangan strategik dan usaha bersepadu antara kerajaan Sabah dan Petronas dan pemain industri yang lain, sektor ini akan mendapat manfaatnya,” katanya.

Beliau berkata apabila Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) dan Sabah Ammonia and Urea (SAMUR) di Taman Perindustrian Minyak serta Gas Sipitang (SOGIP) beroperasi sepenuhnya, ia akan menjadi pemangkin dalam pembangunan ekonomi negeri.

Loading...
scroll to top