Sabah boleh menang lebih banyak kerusi dalam PRU14

PUTATAN: Anggota Umno Bahagian Putatan diingatkan supaya bekerja lebih keras dan tidak bersandarkan kepada kemenangan yang lepas jika ingin memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Walaupun berkeyakinan penuh untuk mengulangi prestasi kemenangan terdahulu namun, ianya tidak mungkin dapat direalisasikan tanpa kerja keras, kata Timbalan Ketua Menteri merangkap Ketua Bahagian Umno Putatan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

Yahya Hussin
Yahya Hussin

“Kita tidak boleh alpha dan lalai dengan prestasi yang lepas. Kita percaya kemenangan akan datang jika kita komited dan terus bekerja kuat.

“Kita perlu bekerja keras untuk menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan rakyat. Saya yakin jika kita konsisten, kita mungkin akan bertambah kuat.

“Sabah juga mungkin akan menang lebih (banyak kerusi) berbanding PRU sebelum ini,” katanya ketika ditanya mengenai persiapan Umno Bahagian Putatan menghadapi PRU14 selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Putatan, di sini pada Sabtu.

Mesyuarat perwakilan itu dihadiri seramai 462 orang anggota Umno Bahagian Putatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Petagas ini berkata mereka akan berusaha memperkukuhkan lagi sokongan rakyat terhadap Umno dan beliau yakin kerusi DUN di kawasan Putatan akan terus menjadi milik Barisan Nasional (BN).

Atas sebab itu, usaha akan dilakukan bagi memantapkan lagi JR plus di daerah ini. JR plus bukan hanya melibatkan Wanita Umno tetapi juga Pemuda, Puteri, pergerakan parti BN lain serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO).

“Kita libatkan mereka yang tidak ada parti ini kerana mereka ini individu yang berpengaruh. Penglibatan mereka akan menyumbang undi kepada kita dan ia akan menguatkan parti,” jelasnya.

Mengenai calon Parlimen Putatan, Yahya berkata semua pihak sama ada Umno, Upko dan PBS mahukan kerusi parlimen ini namun, ia terpulang kepada pucuk pimpinan BN untuk menentukan siapa yang akan ditempatkan di sini pada PRU14.

“Kita hanya perlu bekerja dan memastikan BN kuat untuk menghadapi PRU dengan yakin dan penuh persediaan,” jelasnya.

Disamping itu, Menteri Pertanian dan Industri Makanan ini mengingatkan anggota Umno di peringkat cawangan dan bahagian supaya terus bersatu bagi mengekalkan kekuatan parti terutama sekali apabila menjelang PRU.

“Kita harus menyatupadukan rakyat bukan hanya dalam kalangan ahli Umno tetapi juga ahli BN dan individu yang tidak mempunyai parti. Mereka ini harus ditemui dan disatukan dan jika boleh adakan perjumpaan tertentu dengan mereka supaya kita bertambah kuat. Jangan hanya berkempen di kawasan Umno sahaja kerana kita memang tulang belakang BN,” katanya.

Beliau berkata semua peringkat perlu bersedia supaya tidak terkial-kial apabila Dewan Negara dan DUN dibubarkan kelak.

Beliau turut mengingatkan Ketua Daerah Mengundi untuk mengenalpasti ‘war room’ di setiap daerah mengundi supaya segalanya boleh digerakkan apabila tiba masanya.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow