Saksi, Mangsa diminta tampil – Ketua Polis KK

viral-pergaduhan-di-bulatan-todak-kota-kinabalu.jpg

Imej rakaman CCTV menunjukkan kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di kawasan Taman Phuket (Bulatan Todak), Jalan Tun Fuad Stephen, Bandaraya Kota Kinabalu.

VIRAL: KEJADIAN PERGADUHAN DI KAWASAN BANDARAYA KOTA KINABALU

Chandra Muthu

Rakaman CCTV telah menunjukkan kejadian pergaduhan sekumpulan lelaki di kawasan Taman Phuket (Bulatan Todak), Jalan Tun Fuad Stephen, Bandaraya Kota Kinabalu.

Rakaman kejadian adalah bertarikh 12 Feb 2018 di mana kejadian berlaku dalam jam 10 malam.

Pihak polis masih belum menerima apa-apa laporan rasmi berkaitan kejadian berkenaan. Bagaimanapun, risikan dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis.

Orang ramai (saksi) & mangsa yang melihat dan terlibat dalam kejadian berkenaan diminta tampil untuk membuat laporan polis di balai-balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Pihak polis telah mempertingkatkan rondaan di kawasan ini dalam mencegah kejadian ini daripada berulang.

ACP. M. CHANDRA.
KPD KOTA KINABALU

Loading...
scroll to top