Berkhidmat sehingga akhir hayat

“Allahyarham Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan adalah contoh pemimpin yang terus bekerja dan berkhidmat kepada rakyat walaupun dalam keadaan uzur, terus turun padang menunaikan amanah menyantuni rakyat sehingga ke akhir hayatnya,” kata Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Haji Aman melalui satu tulisan yang dimuatnaik di akaun media sosial beliau pagi ini.

Majlis terakhir Ketua Menteri Sabah bersama-sama Allahyarham Datuk Haji Tawfiq Datuk Seri Panglima Haji Abu Bakar Titingan. Allahyarham menunaikan janjinya kepada rakyat Kampung Membelua Tawau untuk menjemput saya merasmikan masjid ini

ADUN Apas meninggal dunia

MENTERI Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan meninggal dunia di Kuala Lumpur, malam tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Apas itu meninggal dunia pada usia 56 tahun, 11.57 malam tadi ketika menerima rawatan di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur.

Allahyarham menerima rawatan di hospital berkenaan sejak lapan bulan lalu kerana masalah kesihatan.

Adik Allahyarham, Datuk Nizam berkata, jenazah abangnya akan dibawa pulang ke Tawau pagi ini menaiki penerbangan.

“Sama sama kita doakan semoga Allahyarham diampunkan dosa serta memperoleh kemaafan daripada Allah SWT dan rohnya ditempatkan bersama-sama hamba yang soleh di syurga,” katanya melalui aplikasi Whatsapp yang disampaikan kepada pihak media, malam tadi.

Sempat Tunai Janji Pada 24 Februari 2018

“Setiap malam, saya tak boleh tidur kerana ingat janji kepada penduduk Kampung Titingan untuk beri sumbangan RM1,000 kepada setiap ketua keluarga yang terbabit kebakaran, 5 September lalu.

“Saya bimbang jika terus pejamkan mata (meninggal dunia) tanpa menunaikan janji. Sebab itu, hari ini saya datang walaupun dalam keadaan sakit”.

Demikian kata Ahli Undangan Negeri (ADUN) Apas, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dalam ucapannya pada majlis penyampaian sumbangan peribadi beliau itu di Balai Raya Kampung Titingan di sini, hari ini.

Ucapan beliau menyentuh perasaan sebahagian besar hadirin dengan ada antaranya tidak dapat menahan sebak hingga menitiskan air mata.

MENYENTUH HATI.. Allahyarham sempat menyampaikan ucapan pada majlis penyampaian sumbangan peribadi beliau di Balai Raya Kampung Titingan pada februari lalu

Bolehkah Tuan-tuan Maafkan Saya ?

ALFATIHAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top