Seorang Maut, Empat Cedera Kereta Terbabas

Seorang-Maut-Empat-Cedera-Kereta-Terbabas.jpg

KINABATANGAN: Seorang maut manakala empat lagi cedera setelah kenderaan dinaiki terbabas sendiri dan melanggar pokok kelapa sawit, berhadapan Restoran Aeba di sini, pada Sabtu.

Ketua Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah Mohd Affendy K Ramin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kemalangan itu kira-kira jam 1.15 petang.

“Sejurus itu, sebuah jentera FRT dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan dengan kekuatan enam anggota diketuai PBK II Asmori Dahhiarsyah digegaskan ke lokasi kejadian,” katanya.

Beliau berkata sebaik tiba 10 minit kemudian, mendapati kemalangan membabitkan sebuah kenderaan Perodua Alza warna putih terbabas sendiri dan melanggar pokok kelapa sawit di lokasi.

“Kemalangan melibatkan lima mangsa, seorang mangsa meninggal dunia dan empat lagi cedera,” katanya.

Affendy berkata pasukan bomba mengawal operasi jam 1.40 petang dengan membantu mengeluarkan mangsa daripada kenderaan terbabit dan menamatkan operasi pada jam 1.48 petang.

Loading...
scroll to top