Setiausaha Warisan Putatan dilantik Pengarah Jabatan Air Sabah

Setiausaha-Warisan-Putatan-dilantik-Pengarah-Jabatan-Air-Sabah.jpg

Amarjit Singh

Setiausaha Parti Warisan Sabah bahagian Putatan,  Amarjit Singh bakal dilantik secara Pebagai Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah secara kontrak selama tiga tahun.

Amarjit, 48, seorang Jurutera yang bekerja di GCU Consultants Sdn Bhd.

Surat pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah

Untuk rekod Amarjit juga adalah individu ke-10 yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan penyelewengan RM1.5 bilion daripada dana yang diperuntukkan untuk projek pembangunan luar bandar di Sabah pada tahun lalu.

Baca Juga: Seleweng RM1.5 bilion, Amarjit dibebaskan [Baca Laporan Harian Metro]

Pada 19 Oktober  tahun lalu, Amarjit ditahan reman selama 6 hari selepas hadir ke pejabat SPRM. Beliau dibebaskan dengan jaminan SPRM dan diperintah membayar jaminan RM50,000 dengan deposit RM15,000 bersama dua penjamin dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM sebulan sekali.

Terdahulu Jawatan Pengarah Jabatan Air Sabah diisi oleh Willis Ansoi yang sebelum itu adalah Timbalan Pengarah (Operasi dan Senggara) Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Antara pengalaman beliau adalah beliau  pernah memegang jawatan Jurutera JKR Daerah Tambunan dan Ketua Penolong Pengarah Pemeliharaan Jalan Raya JKR Sabah sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah (Operasi dan Senggara) JKR Sabah sejak tahun lalu. – Suara Masyarakat Sabah

Loading...
scroll to top