Sistem Barter dilaksanakan semula – Shafie Apdal

sistem-barter-sabah-diteruskan.jpg

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan melaksanakan semula aktiviti ‘Barter Trade’ dengan pembabitan negara Filipina dan Indonesia. Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal (gambar) berkata, setakat ini empat pangkalan dikenal pasti sebagai tempat pendaratan bagi aktiviti perdagangan itu.

Mohd Shafie Apdal

Mohd Shafie Apdal

Katanya, ia termasuklah di Kudat, Sandakan, Lahad Datu dan Tawau.

“Kita akan sediakan cadangan dan sistem yang sepatutnya dalam tempoh terdekat ini untuk membolehkan kita melaksanakan Barter Trade ini.

“Aktiviti ini juga tidak melibatkan barangan bersubsidi yang boleh dijual oleh warga asing.

“Cadangan pelaksanaan semula sistem ini berdasarkan hasil kajian daripada beberapa pihak seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mendapati banyak kerugian selepas ia dihentikan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mempengerusikan Mesyuarat Kabinet Negeri di sini pada Rabu.

Shafie berkata, selain membantu ekonomi Sabah,

Barter Trade juga dilihat dapat mengurangkan pembabitan warga asing dalam kegiatan yang kurang sihat.

Dalam pada itu, pihaknya juga akan menubuhkan jawatankuasa khas yang dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Tan

Sri Sukarti Wakiman bagi menyelesaikan isu kekurangan pekerja buruh di ladang.

“Kita akan bagi dokumen khas yang membolehkan buruh bekerja secara sah tanpa ada tekanan.

“Perkara ini banyak disuarakan oleh golongan peladang yang menghadapi kekangan kekurangan pekerja.

“Selewat-lewatnya dalam tempoh tiga minggu jawatankuasa khas ini akan menghantar cadangan dan sistem yang diperlukan untuk dihantar kepada peladang,” jelasnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

scroll to top