So Sweet.. Coretan Cinta Rupanya

KOTA KINABALU: Satu coretan cinta yang ditulis oleh seorang kekasih kepada pasangannya pada sebuah kereta berwarna putih di tempat letak kereta di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak (HWKK) Likas menjadi viral di laman sosial Facebook sejak Rabu lalu.

Insiden berkenaan juga pada mulanya dianggap berlaku akibat pemilik kenderaan yang meletakkan keretanya sehingga menghalang kenderaan lain di hospital terbabit menyebabkan kereta itu menjadi mangsa contengan untuk melepaskan kemarahan.

Sumber yang memberitahu Utusan Borneo bagaimanapun berkata berdasarkan coretan pada kereta berkenaan, ia bukanlah kata-kata kesat malah ia adalah coretan cinta yang ditulis sendiri oleh kekasih pemilik kereta terbabit.

Katanya insiden berlaku apabila kekasihnya memberikan kejutan dengan bertindak menulis kata-kata cinta pada kereta pasangannya disebabkan oleh satu kejadian di antara mereka.

Beliau berkata tindakan itu dianggap sesuatu yang romantis. Bagaimanapun, orang ramai yang tidak tahu perkara sebenar bertindak membuat spekulasi sendiri dengan mengatakan kereta itu diconteng akibat menghalang kenderaan lain.

Coretan yang ditulis pada kereta yang diletakkan di tempat yang betul bagaimanapun sudah dipadam berikutan ia adalah dakwat yang tidak kekal dan mudah dipadam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra pada Rabu mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya tiada menerima sebarang laporan polis berkaitan kejadian terbabit.

“Setakat ini, belum ada sebarang laporan polis dibuat oleh pemilik kenderaan berhubung kereta yang diconteng kerana didakwa menghadang kenderaan di Hospital Likas.

“Polis bagaimanapun sedang memantau kawasan sekitar dan lokasi kejadian kini dalam keadaan terkawal,” katanya.

Loading...

Leave a Reply

arrow