SPRM beri Naib Presiden Warisan 48 Jam

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh 48 jam kepada dua individu termasuk Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony, untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Sabah bagi membantu siasatan kes urusan pembelian tanah ladang kelapa sawit di Daerah Tongod, Sabah yang bernilai kira-kira RM155 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, selain Anthony, 46, SPRM kini sedang mengesan seorang peguam Michael Persius Ubu, 61, bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Alamat terakhir Anthony di Taman Cantek Phase 4, Lorong Bunga Dahlia 3, 88200 Kota Kinabalu manakala Michael Ubu alamat terakhir di Lorong Rainfield 1, Taman Rainfield, Kota Kinabalu.

“Kedua-duanya diberi tempoh selama 48 jam untuk menyerah diri di Pejabat SPRM Negeri Sabah bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan oleh pasukan penyiasat,” menurut kenyataan suruhanjaya itu.

SPRM meminta orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan untuk menghubungi Penolong Kanan Penguasa, Mohd Tharuzi Mohd Nor di talian 013-9557850.

Loading...

Join the Discussion

Your email address will not be published. Required fields are marked *

arrow